Sunday, April 30, 2017

bagaimana uber selamatkan aku

Bagus untuk dibaca Macam mana Uber selamatkan aku (Harap bersabar baca. Penat aku karang ni) Aku mula buat Uber secara part time dulu atas 2 keperluan: 1) Keperluan duit - cash aku tiba2 habis tgh2 bulan (jgn tanya kenapa, panjang kang cerita) 2) Keperluan emosi - kerja aku kat construction site buatkan aku stress dan lonely Aku drive hanya waktu malam. Dan Alhamdulillah, keperluan aku terlaksana. Bila duit bukan lagi isu, aku still menguber. Dulu aku seorang BOOK SMART, skema, yang tak kisah dipijak sebab aku percaya buta2 "Allah akan balas". Tapi lepas menguber, aku diajar cara STREET SMART. "Belajar dari buku, berguru dengan pengalaman" kata sifu aku tu. Dan bila aku berhenti dari kerja aku yang menyesakkan tu, Uber penyelamat duit sehari-hari aku. Sebulan je, tapi aku nampak dan faham perit jerih orang buat full time ni. Tapi sekarang, aku dah dapat kerja tetap balik. Alhamdulillah. Dan aku mungkin akan dedikasikan sepenuh masa aku untuk bekerja dan belajar tentang kerja baru aku. Dan ini bermaksud, aku akan put a pause on Uber. Maybe cuma sekejap. Maybe lama. Entah. So for all of you here. Teruskan berkayuh. Korang berjuang demi kelangsungan diri dan keluarga. Siapa yang masih terkial2 nak reach target harian, harap jgn putus asa cari kerja tetap; Uber kang kita buat part time je. Raya pun nak dekat ni. Blurghhhh, ada orang baca ke post aku ni? Sape yang membaca, aku hadiahkan ucapan terima kasih penuh sayang. P/s: Aku dah edit supaya tak panjang sgt ni wehhhh. #uber #grab #driver #rider #ubermalaysia #grabcar

ibu tunggal jana pendapatan dengan uber

Friday, April 28, 2017

tips dapat trip ke klia

tips dapat trips ke klia bole cuba nearby hotel2 sekitar kl dlm area 11pagi-12 tgahari. pada hari ahad.

Thursday, January 12, 2017

Cara Daftar Uber 2017

Sehingga hari ini permintaan untuk menjadi pemandu Uber semakin meningkat. Uber telah pun melebarkan sayapnya di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan terbaharu *14/9/2016 KUCHING paling baharu *27/10/16(official) MELAKA. Oleh itu proses untuk menjadi keahlian Uber telah dipertingkatkan untuk kesenangan pemandu baru yang ingin berdaftar menjadi Uber Partner. Artikel Seterusnya: DAFTAR UBER MALAYSIA 2017 Kali ini Uber muncul dengan aplikasi terbaru mereka iaitu UberDOST. dan ini janji mereka. "Accelerate your onboarding process!" Mempercepatkan process pendaftaran keahlian "Get your friends activated without going to the Partner Support Centre" Akaun akan diaktifkan tanpa perlu pergi ke Partner Support Centre Dan akaun akan diaktifkan dalam masa 24-48 jam (hari bekerja)
Cukup mudah dan simple. Sebelum itu anda mesti memenuhi syarat-syarat seperti di bawah. 1. Kereta Tahun 2008 dan ke atas 2. Mempunyai 4 pintu 3. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan) 4. Nama ada dalam Insuran cover note. Sama ada pemandu atau second driver. Jika syarat ini dipenuhi, langkah seterusnya saya akan bantu tanpa perlua anda keluar dari rumah pun. How to Register UBER Malaysia? Ikut langkah mudah seperti di bawah, *UPDATE 01/12/2016 UBER SEREMBAN Dengan secara rasminya UBER telah melancarkan operasinya di SEREMBAN. Untuk pengetahuan sebelum ini pun dah ramai yang mengguna dan memandu UBER di bandar Seremban. Dengan pelancaran secara rasmi di Seremban oleh pihak UBER sendiri dapatlah meningkatkan lagi jumlah pengguna dan juga pemandu di sana. #info : Account UBER Seremban juga boleh beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor. Daftar sekarang sebagai pemandu

Testimoni Pendapatan Harian Uber

Lihatlah sendiri. sumber internet

Bagaimana Uber Berfungsi

Semalam merupakan hari pertama saya menjadi pemandu UBER. Did not hit the road yet. Just register je dulu. Hihi. Hari ni saya nak share bagaimana sistem UBER berfungsi sebab UBER sangat pesat berkembang. Untuk menggunakan UBER, kedua dua penumpang dan pemandu memerlukan smartphone dengan sambungan internet.

Cara mendaftar pemandu Uber

Bagaimana Cara Mudah Mendaftar Untuk Menjadi Pemandu Uber Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya banyak menerima individu-individu yang membuat pra-pendaftaran menggunakan kod rujukan/referal saya tetapi tidak menyelesaikan pendaftaran sehingga melayakkan mereka menerima imbuhan mendaftar sebagai pemandu baru. Maka saya menulis entri ini agar anda faham keseluruhan proses pendaftaran seterusnya mempunyai peluang untuk menambah pendapatan sebagai pemandu Uber. Ianya sungguh mudah dan lumayan sekali! Langkah Pertama Anda perlu klik link di bawah ini dan melakukan pendaftaran online. Isi nama dan maklumat lain yang di minta. Sila pilih bandar yang betul semasa membuat pra-pendaftaran. Jika ingin memandu di Johor Bahru jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga September 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di 6 buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan yang terkini Kuching (Melaka awal 2017). Setelah itu sila upload semua dokumen diminta. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file. Diikuti dengan mengemaskini maklumat akaun bank kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun anda. Ini adalah link tersebut:
Langkah Kedua Selesai membuat pra-pendaftaran, anda akan menerima sms dan email di no HP dan email yang anda guna semasa membuat pra-pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan menerangkan langkah seterusnya iaitu anda perlu menghadiri taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun kini dengan kemaskini terkini, mereka cuma menyuruh anda menonton video sebagai ganti taklimat kerana lebih efisyen. Ini adalah traning video tersebut. Langkah Ketiga Sila hadir ke lokasi taklimat pada masa yang ditetapkan dengan membawa sekali kenderaan yang akan digunakan untuk tujuan Uber berserta IC, cover note insurance dan dokumen lain yang diarahkan dibawa bersama seperti yang dimaklumkan melalui SMS dan email yang telah anda terima. Ketika taklimat anda akan didaftarkan oleh staff yang bertugas. Mereka akan memeriksa kenderaan dan latar belakang pemandu. Kereta yang berusia lebih 7 tahun tidak diterima. Tidak boleh berbahasa Inggeris juga tidak diterima kerana 70% penumpang tidak tahu berbahasa Melayu atau bahasa tempatan (pelancong). Selesai sesi tapisan dan pendaftaran, mereka yang berjaya akan diajar bagaimana beroperasi sebagai pemandu peribadi Uber. Sila maklum bahawa pemandu Uber memiliki status yang lebih tinggi sebagai pemandu peribadi. Jika anda tidak menerima sebarang sms atau email untuk taklimat, anda boleh skip ke langkah keempat. Langkah Keempat Sila semak akaun pada applikasi Uber Partner anda samada sudah diaktifkan atau belum. Bagaimana nak tahu akaun dah aktif ke belum? Jika anda mendaftar melalui link saya, saya akan dapat menyemak status pendaftraran anda. Melalui applikasi Uber Partner, jika apps anda sudah mempunyai pilihan untuk online, itu bermakna akaun anda sudah diaktifkan. Apabila sudah diaktifkan anda boleh terus memandu ;-)